Thursday, March 31, 2011

APRIL FOOL DAN AGAMA




Aku setuju bahawa april fool tak "wajib" disambut. Lebih bagus kalau tak praktikkan kerana apa yang kita cakap kepada org lain dan org tu mengulang2 adalah ibarat sebuah doa pada diri kita sendiri. Aku pun tak merayakan benda ni tapi pada aku, penyebaran tentang April Fool's yg dikaitkan dengan Islam, tidak sepatutnya ada. Dalam sejarah Islam sendiri tak ada tarikh tu kot. Hati2 dengan maklumat yang didapati kerana ianya boleh menimbulkan prejudis dan krisis yang tidak berkesudahan diantara 2 agama tersebut.


Menurut informasi sebuah laman blog http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/april-fool.html
Ditulis oleh seorang wanita muslim yang tinggal di South Dakota. Kononnya sejarah bermula apabila pihak Kristian tidak dapat menakluk pihak Islam di Spanyol kerana mereka sungguh bertakwa. Pihak Spain menghantar spy utk belajar kelemahan pihak Muslim dan kemudiannya mengimport rokok dan arak ke Spain sekaligus menjejaskan ketakwaan Muslim di Spain. Dari situlah kononnya April fool's dimulakan kerana Kristian dapat perdayakan Islam.

Terdapat beberapa perkara yang perlu di lihat di sini


1.Menurut fakta sejarah, Islam di Sepanyol berakhir pada 12 Januari 1492 iaitu selepas agama Kristian di bentuk (mengikut kalendar kristian), sedangkan HARI APRIL FOOL'S tidak wujud sehinggalah 50 tahun berikutnya.


2. Pada kurun ke 16, di France, Tahun Baru disambut pada 25 Mac sehingga 1 April. Pada tahun 1564, apabila kalendar Gregorian diperkenalkan, Raja Charles IX mengesyorkan bahawa Tahun Baru harus disambut pada 1 Januari. Ramai yang membangkang dan masih lagi menyambut Tahun Baru pada 25 Mac hingga 1 April. Pada ketika itulah orang French yang menyokong usul Charles, mengejek mereka yang ketinggalan zaman dengan menghantar hadiah2 konyol dan kad jemputan palsu kepada mereka. Mangsa penipuan April Fool dipanggil "POISSON D'AVRIL" yang bermaksud "IKAN APRIL" kerana pada waktu mereka dibohongi, zodiak Pisces berada di akhir tarikhnya.

Hari April Fool muncul di England pada kurun ke 18 dan disebarkan ke koloni Amerika oleh pihak Inggeris, Scottish dan France.
2. Kita patut tahu bahawa rokok dicipta HANYA SELEPAS kejatuhan Islam di Sepanyol (Januari 1942). Menurut State College di Framingham, kursus Human Biology oleh Dr. Roger Morrissette, PhD., merokok atau perkara yang hampir sama dengannya tidak wujud sehinggalah SELEPAS Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella memegang takhta di Sepanyol. Kenyataan ini di dapati di laman web mereka:

Introduction to Human Biology Framingham State College
Roger N. Morrissette, Ph.D.

I. The History of Smoking.

900: smoking is referred to on a Mayan stone carving.

1492: Columbus notes the natives of the New World smoke leaves.

1550: Spaniards begin cultivating tobacco in the West Indies to export to Europe.

1880: Tobacco use is widespread but people only use small amounts.

Kenyataan seterusnya dapat di baca di laman web

http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/april-fool.html

Jadi, berkenaan kenyataan yang mengatakan bahawa April Fool's Day kononnya adalah sambutan bagi kejatuhan Islam di Sepanyol ternyata hanya sebuah lagi GOSSIP yang dapat menimbulkan prejudis dan bohong semata-mata. Seorang Muslim yang baik tidak akan mengulang/menyebarkan sesuatu pembohongan terutamanya berkenaan Fakta Sejarah Islam.

Jika kita tidak berusaha untuk memperbaiki fakta, boleh jadi, satu hari kita boleh terjumpa perkataan MUSLIM FOOL'S DAY kerana ada pihak yang berjaya memesongkan fikiran kita ke arah mempercayai mereka.

Di sini aku nak ingatkan pada mereka yang baca, bahawasanya AKU TIDAK MENYOKONG MALAH TIDAK MENYAMBUT APRIL FOOL'S DAY atas sebab pada aku, ianya benda yang boleh mendatangkan sia-sia. Memang benar kita boleh bergurau tapi sebelum bergurau dengan cara yang lebih ekstrim, fikirkanlah akibatnya. Di sini juga aku nak selitkan satu contoh kejadian yang tak mustahil berlaku.

Contoh:

Puan Timah seorang wanita yang mempunyai tahap kesihatan yang amat baik kerana mengamalkan cara hidup sihat. Begitu juga dengan anak tunggalnya, Sulaiman.

Pada suatu hari dalam bulan April, lebih tepat lagi, 1 April, Puan Timah menerima sebuah panggilan telefon dari anaknya. Kedengaran dihujung talian, suara seorang lelaki yang sedang dalam keadaan cemas. Sambil teresak-esak, Sulaiman berkata, "Mama, Leman kat Balai Polis ni. Leman pergi disko malam tadi dengan kawan-kawan. Tiba-tiba ada pergaduhan dan Leman terbabit sama. Polis bawak Leman pegi balai dan Leman kena tahan di lokap. Mama tolong datang jamin Leman.." Puan Timah terkedu. Bibirnya bergetar dan dari mulutnya hanya terdengar perkataan ALLAH berulang kali. Di hujung talian, Leman menggigit bibir menahan gelak. "April Fool mama!!!!!! Hahahahahaa...." tidak berjawab....

"Mama, oh mama..." masih tidak berjawab. Leman mengagak bahawa ibunya ingin 'mengenakannya' kembali. Dia mematikan talian dan segera pulang ke rumah. Apabila sampai, dia melihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu sambil memegang dadanya dan bibir kebiruan.


Tidak mustahil ini berlaku. Jadi, sebelum melakukan sesuatu, fikir dahulu.